Make your own free website on Tripod.com

 

--)(- Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh -)(--

Selamat Datang ke laman web kami. Lawatan anda amat kami hargai. Kedatangan anda membolehkan anda mempelajari konsep ajaran Islam secara ringkas. Harap maaf diatas kekurangan kami. =(..

Bermula dengan Pengenalan, kita akan mempelajari konsep ketuhanan dan amalan yang dilakukan oleh umat Islam. Ia juga bagi mengaitkan hubungan Islam dengan agama lain termasuk Kristian.

Dengan Ketuhanan, kita dapat mengetahui sifat-sifat yang dimilikinya. Kali ini kita dapat mengetahui sejauh kekuasaan terhadap manusia dan alam sekeliling.

Rukun Islam membincangkan aspek penting pada semua individu muslim. Perkara ini merupakan asas utama yang penting dipelihara dan hayati.

Rukun Iman pula menerangkan tindakan susulan selepas penghayatan rukun Islam. Ia berkisar kepada kepercayaan antara penganut Islam dengan Allah serta hambaNya.

Di dalam kolum Syariah pula, isu yang dibincangkan adalah tuntutan Islam yang mesti dilaksanakan. Ringkasan ini hanya di bentangkan secara umum konsep Akhlak muslim (sosial), Munakahat (perkahwinan) & Muamalah (Ekonomi). Ini lebih membolehkan kita mengkaji konsep Islam sebagai cara hidup.

Laman ini juga ditubuhkan untuk menangkis halaman web yang cuba memburukkan Al-Quran dan Islam. Maka kami telah memuatkan beberapa fakta yang mungkin menyakiti anda di segmen Muslihat. Bukan niat kami untuk menentang mana-mana individu terutama yang bukan beragama Islam.

Ini kerana, kami telah memasukkan beberapa fakta yang mungkin benar. Tetapi hakikatnya, isu yang pernah, kini dan akan berlaku.

Kami mengalukan cadangan, kritikan dan bantahan dengan menghantar e-mel pada alamat cfstudio@hotmail.com. E-mel anda akan saya maklumkan sekiranya saya berpeluang. E-mel yang berunsur perkauman dan kebencian tidak akan di layan. Muslimin yang mempunyai artikel pilihan yang berupa peringatan amatlah saya inginkan untuk di muatkan nanti.

Kami hanyalah belia yang beragama Islam yang masih belajar, justeru itu mungkin terdapat fakta yang kurang informasinya. Sekiranya terdapat salah faham dan kesilapan fakta (bercanggah) dengan tuntutan Islam, SEGERALAH anda memaklumkan kepada kami untuk diperbetulkan semula.

Wassalam

13 Disember 2000


Inginkan Servis Kami?

NeoLogiX@Cyberfriends Group nR

Negaraku.

Buatan Malaysia

E-mel Kami