Make your own free website on Tripod.com

 

 

Rukun Iman

Iman adalah pegangan yang paling tinggi diantara mana-mana sifat kerohanian. Iman boleh kita katakan seperti akhlak tetapi lebih tinggi tahapnya. Agama Islam menekankan penting Iman didalam sanubari manusia. Apa yang diutamakan ialah keimanan seseorang menghayati sepenuhnya agama Islam diikuti mengimani (takwa) diri kepada Allah.

Iman yang dimaksudkan bererti percaya adanya Allah sebagai Tuhan yang Esa dan membenarkan ajaran yang turunkan Rasulullah s.a.w. Keimanan muslimin dan muslimat ialah berpadukan 6 Rukun Iman yang diselaraskan Al-Quran.

6 Rukun Iman itu ialah;

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Malaikat
  3. Percaya kepada Kitab
  4. Percaya kepada Rasul
  5. Percaya kedatangan Hari Kiamat
  6. Percaya bahawa (Qadar) baik dan (Qadar) jahat adalah dengan kehendak dan ketetapan Allah s.w.t

Perkataan 'Qadar' merujuk kepada kebahagiaan atau kecelakaan yang Allah janjikan


Percaya kepada Allah

Percayakan Allah itu ialah dengan pengakuan lidah dengan keikhlasan hati. Allahlah tuhan yang sebenar menjadikan alam dan makhluk seluruhnya. Dalam ertikata yang lain, Tuhan yang sebenarnya wujud dengan sedirinya tanpa sebarang sebab. KewujudanNya amat sempurna dan jauh dari sifat kekurangan. Kesimpulanya, hanya Allah tuhan yang sah dan layak disembah. Allah memang wujud meskipun kita/manusia tidak dapat melihatNya. Kesimpulannya;

Allah Maha Besar KuasaNya meliputi Di Langit dan Di Bumi

* * *

Percaya kepada Malaikat

Allah telah menjadikan Malaikat daripada Nur (Cahaya). Malaikat adalah makhluk yang mulia dan terpelihara daripada sebarang kemaksiatan. Mereka bukan lelaki atau perempuan, tidak beribu atau berbapa, tidak bersuami atau beristeri, tidak melahirkan atau dilahirkan, tidak makan atau minum.

Semua malaikat memiliki sayapnya sendiri. Mereka juga boleh berubah/menyamar kepada bentuk makhluk yang lain termasuk manusia. Malaikat boleh melihat seperti Allah memerhatikan kita (manusia) tetapi, manusia tidak dapat melihat mereka.

* * *

Percaya kepada Kitab

Allah telah menurunkan peraturanNya berupa ayat-ayat suci, peringatan dan amaran menerusi Rasul dan Nabi-nabi. Kemudian ia dikumpulkan kepada satu bahagian yang dipanggil kitab suci. Kandungan Kitab ini amat luas meliputi peraturan dalam kehidupan harian, ekonomi, jenayah, politik, sains dan perubatan.

Setakat ini Allah telah menurunkan 3 kitab terdahulu dan 1 yang masih digunakan. Kitab yang terdahulu ini tidak lagi digunakan sebagai panduan susulan kesempurnaan kitab yang terakhir/kemudian. Kitab yang menjadi pedoman umat Islam adalah;

- Al-Quran.

* * *

Percaya kepada Nabi dan Rasul

Nabi mempunyai sedikit perbezaan dengan Rasul.

Nabi ialah seorang lelaki yang merdeka (bebas) yang dikurniakan Wahyu atau syariat. Tetapi beliau tidak diperintahkan untuk menyampaikan (berdakwah) kepada umatnya.

Rasul juga seorang lelaki yang merdeka (bebas) yang dikurniakan Wahyu atau syariat. Tetapi beliau diperintahkan untuk menyampaikan (berdakwah) kepada umatnya.

Bilangan nabi sangat ramai iaitu 124 000 orang. Keseluruhan bilangan rasul pula ialah 313 orang. Tetapi rasul yang disebut didalam Al-Quran sebanyak 25 orang sahaja. Rasul yang kemudian adalah kesinambungan ajaran Allah yang terdahulu.

Rasul Allah yang terakhir lebih besar tanggungjawabnya kerana beliau berdakwah kepada seluruh manusia di seluruh dunia. Rasul yang terakhir sebagai pengutus Allah ialah;

Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Allah telah mengangkat baginda adalah antara Rasul yang tertinggi dan paling mulia.

* * *

Percaya kedatangan Hari Kiamat

Dunia dan alam semulajadi dijadikan Allah. Apabila sesuatu benda yang dihidupkan maka ia akan mati (termasuklah manusia). Begitu juga dengan hayat alam ini akan berakhir dengan kemusnahan yang menakutkan. Pada hari kiamat langit akan terbelah, gunung akan musnah berhamburan.

Setiap hidupan termasuk manusia akan mati kerana hentaman kiamat yang mengerikan. Setiap planet di semua galaksi akan berlaga sesama sendiri. Gambaran kiamat sangat dahsyat dan diceritakan dalam surah Al- Qariah. Kesimpulan hayat dunia yang bermula tetap tiba dipenghujungnya (kemusnahan total).

* * *

Percaya bahawa (Qadar) baik dan (Qadar) jahat adalah dengan kehendak dan ketetapan Allah s.w.t

Pada hari pengadilan setiap manusia akan menerima ganjaran kebahagian atau kecelakaan. Kebahagiaan manusia terletak kepada keredaan Allah. Kecelakaan manusia itu pula terletak kepada kehendak Allah.

Bagi manusia yang dikasihi dan diredhai Allah serta amalan kebaikannya akan memperolehi ganjaran di Syurga. Tetapi malang bagi manusia yang dibenci lagi dilaknati Allah amat sukar mengecapi kebahagiaan ini. Mereka yang ditimpa kecelakaan ini akan di campakkan ke Neraka Allah.

* * *