Rukun Islam Setiap umat Islam mestilah memenuhi fasa yang pertama sebagai penganut mematuhi tuntutan agama. Rukun Islam mempunyai 5 fasa/ perkara. Antaranya; Kesemua yang di senaraikan adalah tuntutan yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim. Kalimah syahadah ialah ungkapan yang menjelaskan kebenaran keEsa-an Allah sebagai tuhan, dan Nabi Muhammad adalah sebagai Rasul Allah (pesuruh Allah). Lafaz yang ditafsirkan didalam bahasa melayunya berbunyi; "Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" Ayat inilah ungkapan yang disebut oleh oleh orang Islam dan juga pemeluk yang baru. Walaubagaimanapun keutamaan sebutan ayat ini adalah dalam bahasa Al-Quran (Arab). << kembali ke pilihan tajuk >> Menunaikan amalan 5 solat fardhu, Sembahayang adalah satu cara bagi menunjukkan kepatuhan antara manusia dengan Tuhan. Di dalam Islam, solat adalah penting bagi mencegah kemungkaran. Islam mensyariatkan 5 solat fardhu iaitu;
Solat-solat ini mesti ditunaikan oleh setiap muslim yang sihat dan memenuhi syaratnya. Tempoh menunaikan solat bergantung kepada individu itu sendiri. Kebiasaannya 5 ke 10 minit. Walaugaimanapun, solat adalah dituntut secara khusyuk (menghayati) dan tidak tergesa-tergesa.
Walaubagaimanapun solat fardhu mestilah ditunaikan tepat pada waktunya. Ia tidak boleh ditangguh-tangguh kerana hukum menangguh tanpa sebab yang munasabah tetap berdosa. Dalam mengerjakan solat, penghayatan amat penting. Solat fardhu digalakkan ditunaikan secara berjemaah bersama di masjid. Solat ini mempunyai waktu yang berbeza maka ia tidak boleh dibuat secara serentak pada waktu yang sama. Solat ini tidak boleh di percepatkan waktunya atau dilambatkan. << kembali ke pilihan tajuk >> Umat Islam mempunyai kalendar "Taqwim"nya yang tersendiri. Ia mempunyai 10 bulan Islam. Pada bulan Ramadhan umat Islam yang sihat diwajibkan berpuasa pada siang hari. Waktu berpuasa adalah bermula dari sebelum terbit matahari sehinggalah selepas terbenamnya matahri. Ini bererti ia bermula dari masuk waktu Subuh hingga ketibaan waktu Maghrib. << kembali ke pilihan tajuk >> Bagi golongan yang sudah mampu menyara diri diwajibkan membayar Zakat. Ada pelbagai jenis zakat iaitu zakat Fitrah, zakat Harta, Perniagaan dan beberapa lagi. Zakat ialah lebihan harta yang ada pada setiap individu yang terlibat. Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan. << kembali ke pilihan tajuk >> Haji adalah ibadat yang dituntut bagi golongan yang mampu. Haji ialah ibadah yang paling tinggi melalui ujiannya di Tanah suci Mekah Al-Mukarramah. Haji hanya boleh dibuat di Mekah dan Madinah sahaja. Jemaah haji hanya pergi dengan memakai pakaian khas yang berwarna putih. Kesabaran sangat diperlukan untuk mencapai status Haji Mabrur ataupun haji yang diterima Allah s.w.t. << kembali ke pilihan tajuk >> |
||||||||
kaMie
Buatan Malaysia |