Konsep KeTuhanan

Allah, Nabi Isa dengan Bani Israel (Yahudi).

Al -Injil, Taurah't dan Nabi Muhammad

Mengenal Allah


Konsep KeTuhanan

Sebagai langkah permulaan mengenal Tuhan, kita mesti memahami apakah ertinya Tuhan dari segi maknanya dengan lebih mendalam.

Tuhan ialah sesuatu yang amat berkuasa mencipta sesuatu yang kecil atau besar. Apabila sesuatu yang dipanggil Tuhan maka dialah penguasa mutlak di alam ini.

Tuhan tidak dicipta, ia memang hikmah sendirinya. Tuhan adalah penguasa yang tertinggi dan tidak bergantung kepada mana-mana kuasa yang lain sekalipun.

Apabila dikaji dengan telit, Penguasa yang Tertinggi mestilah tunggal dan tiada pula mana-mana makhluk yang setaraf denganNya. Adalah tidak munasabah jika ada dua atau lebih yang mempunyai kekuasaan yang sama.

Jika ada, kesimpulannya ia bukannya tuhan kerana ada 2 kuasa yang sama. Apabila ada 2 Tuhan atau lebih, semestinya berlaku pertembungan dan pergolakan untuk merebut kuasa. Tuhan mestilah yang berkuasa mutlak tanpa 'perkongsian kuasa'. Kesimpulannya;

Tuhan itu Maha Esa (tunggal/ satu)

Apabila kuasa yang tertinggi itu melahirkan atau dilahirkan maka ia perlu bergantung pada kuasa yang lain. Maka ia tetap bukan tuhan kerana lemah bergantung pada yang lain. Kesimpulannya;

Tuhan itu tidak dilahirkan dan melahirkan

Apa yang ingin kami sampaikan sebenarnya untuk dibandingkan bersama konsep Kristian yang menyatakan Nabi Isa itu anak Allah / anak Tuhan dan menganggap Mariam sebagai ibu anak Tuhan.

Apabila tuhan itu mempunyai ibu dan bapa, jelas itu lebih menunjukkan kelemahan tuhan untuk memerintah alam serta makhluknya. Mungkin anak tuhan perlu bertatih (belajar berdiri sendiri) kemudian 'berlatih' untuk mewarisi kuasa bapa.

Jika ia Tuhan, semestinya ia tidak perlukan masa untuk menjaga anak dan isteri sepertimana perbuatan manusia. Tuhan juga tidak perlu dibesarkan kerana ia berkuasa diatasNya sendiri.

Maka anak Tuhan yang kini sebagai 'Tuhan' penganut Kristian semestinya pernah bergantung pada kuasa yang lain kerana ia dibesarkan dan di jaga sehingga besar. Alangkah lemahnya lagi Tuhan ini jika boleh mati dan dibunuh oleh manusia yakni Bani Israel, sebagaimana tanggapan penganut Kristian.

Orang-orang Kristian Yahudi berpendapat bahawa Jesus Christ' adalah anak Tuhan (kemudian diangkat menjadi tuhan) yang diturunkan sebagai penyelamat manusia ke Syurga. Tuhan yang sebenar tidak perlu bersusah payah turun ke muka bumi untuk menyelamatkan manusia kerana Tuhan yang sebenar mempunyai kekuasaan kepada makhluknya serta merta.

Jika Tuhan mahu menyelamatkan manusia secara kemanusiaan, pasti Tuhan menggunakan ciptaan sebagai perantara kepada pengutus dan akhirnya kepada manusia. Ciptaan yang dimaksudkan ialah Malaikat (angel) dan Nabi /Rasul (Prophet). Maka melalui ciptaan ini Tuhan akan menyuruh Malaikat menyampaikan mesej dari Tuhan kepada Nabi selaku wakil bangsa atau seluruh manusia. Kesimpulannya;

Sesungguhnya Tuhan itu berkuasa tanpa bantuan manusia dan

keatas semua ciptaanNya

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah kerana Allah adalah pemerintah tertinggi tanpa dibatasi dengan sebarang kuasa yang lain. Allah ialah tuhan yang tidak melahirkan dan dilahirkan. Tiada mana-mana makhluk yang mempunyai kekuasaan seperti Allah. Dan Allah sentiasa berdiri dengan sendiri tanpa bantuan mana-mana kuasa sekalipun. Maka Kesimpulannya bahawa;

Allah Tuhan Yang Maha Esa


Kaitan Antara Allah, Nabi Isa dengan Bani Israel (Yahudi).

Allah telah mengutus Nabi Isa untuk berdakwah kepada Bani Israel untuk membetulkan akidah dan akhlak ketuhanan mereka. Sebelum ini, Bani Israel menyembah lembu betina sebagai sembahan. Ini telahpun dinyatakan oleh kitab suci Al -Quran didalam surah Al- Baqarah.

Kemudian Nabi Isa a.s telah diturunkan Kitab Al-Injil daripada Allah melalui Malaikat sebagai pedoman hidup Bani Israel. Walaubagaimanapun, hanya sebahagian Bani Israel menerima ajaran baru yang dibawa Nabi Isa a.s. Selebihnya masih kufur dan menentang anjaran Nabi Isa.

Tetapi kefahaman mereka dari bacaan Al- Injil telah meniupkan fitnah baru bahawa Nabi Isa adalah anak Allah. Maka dari fitnah inilah menyebabkan beberapa ekstremis Yahudi mahu membunuhnya (Isa) kerana dakwaan sebagai anak Tuhan (Allah).

Pembunuhan Nabi Isa a.s sebenarnya kematian orang lain yang menyerupai seperti Nabi Isa. Manakala, Nabi Isa telah diselamat ke alam lain oleh Allah. Alam ini tidak diketahui dan boleh dilihat manusia, Ia mungkin terletak pada langit ketujuh dimana terletak Syurga dan Neraka. Nabi Isa akan turun semula sebelum hampirnya akhir zaman.


Kaitan antara Al -Injil, Taurah't dan Nabi Muhammad

Al -Injil adalah kitab suci bagi Bani Israel yang telah diturunkan kepada Nabi Isa oleh Allah. Kitab ini adalah sebagai pedoman sebelum turunnya Kitab Taurah't. Kitab Taurah't telah diwariskan kepada Nabi Musa yang juga untuk Bani Israel.

Selepas ketiadaan Nabi Isa, golongan rabi (paderi Yahudi) telah menulis semula Al -Injil untuk rujukan semula Bani Israel. Tetapi mereka (rabi) telah mengubah dan menyembunyikan firman Allah.

Antara catatan barunya ialah menganggap Nabi Isa a.s sebagai anak tuhan dan seterusnya sebagai Tuhan Yahudi. Ini adalah bertentangan dengan kitab asli Injil yang menulis bahawa Allah adalah tuhan yang mutlak dan Nabi Isa a.s hanyalah pengutus agama kepada Bani Israel.

Tetapi sesuatu yang sangat penting telah disembunyikan dan tidak dicatatkan ialah kedatangan Nabi baru yang bukan dari bangsa Yahudi. Perkara yang sama telah belaku kepada Kitab Taurah't apabila Injil diubah.

Untuk pengetahuan bersama Bani Israel tidak mahu mana-mana Nabi yang bukan berdarah Yahudi menjadi Nabi mereka. Orang Yahudi telah mendakwa bahawa mereka adalah bangsa yang terpilih dan selayak memimpin semua bangsa yang ada dimukabumi ini.

Tanggapan ini adalah berdasarkan bilangan Nabi dan Rasul yang ramai diutus kepada Bani Israel berbanding bani arab yang lain. Ini sekaligus menunjukkan betapa 'liat' dan degilnya Bani Israel menerima Allah sebagai tuhan. Malang bagi sebahagian Nabi yang diutus telah dibunuh dengan kejam oleh bangsa Yahudi sendiri. Bilangan Nabi yang di bunuh sahaja lebih kurang 300 orang!

Bani Israel yang hanya menerima Nabi berdarah Yahudi sahaja. Dasar ini boleh kita simpulkan sebagai dasar 'pilih kasih' dan berpuak (seperti perkauman). Allah telah berjanji menurunkan seorang Nabi selepas Nabi Isa a.s. Nabi ini adalah Nabi dan Rasul Allah terakhir yang berketurunan Bani Quraish (Arab).

Nabi dan RasulAllah yang terakhir ialah;

Nabi M u h a m m a d S.A.W


Mengenal Allah

Agama Islam telah diturunkan sejak 1400 tahun yang lalu. Islam telah diwarisi melalui Al -Quran Al -Karim. Kitab ini adalah menjadi rujukan yang tertinggi bagi orang -orang Islam.

Al -Quran telah meriwayatkan bahawa Allah sebagai Tuhan yang menerusi prinsip Rukun Islam dan Rukun Iman. Allah adalah pemerintah yang paling berkuasa disamping menciptakan makhluknya sebagai hambanya.

Allah telah mencipta pelbagai jenis makhluk. Antara makhluk yang paling mulia didalam ciptaanNya dimukabumi ini adalah manusia. Manusia telah diangkatkan darjatnya sebagai khalifah (pemimpin) di bumi. Manusia juga telah diberikan keupayaan akal untuk berfikir.

Maka Allah telah memerintah supaya manusia mematuhiNya kerana manusia telah dihidupkan supaya memperhambakan diri kepada Allah. Manusia yang hidup pada hari ini adalah berketurunan Adam dan Hawa yang diciptakan dari tanah. Sebab itulah Islam mensyaratkan supaya manusia yang telah mati mestilah dikuburkan atau ditanam.

 

ReaLogiX@Cyberfriends Group nR

Negaraku.

Buatan Malaysia