Sejarah
Ringkas
Ajaran
Islam telah wujud semenjak kelahiran Nabi Adam lagi. Tetapi
pada masa ini perkataan 'Islam' belum diperkenalkan. Nabi
Ibrahim a.s adalah merupakan bapa agama Islam. Beliaulah
yang telah membina 'Ka'abah' yang wujud hingga hari ini.
Zaman
sebelum kelahiran Nabi Muhammad mempunyai ajaran yang mempunyai
persamaan dengan Islam. Agama ini adalah berasaskan 3 kitab
iaitu;
-
Kitab At -Taurat -yang diturunkan kepada Nabi
Musa a.s.
- Kitab
Al -Injil -yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s
- Kitab
Al -Zabur -yang diturunkan kepada Nabi Daud
|
manakala kitab yang terakhir melengkapi
kekurangan 3 kitab ini adalah;
- Kitab
Al -Quran -yang diturunkan kepada;
- Nabi Muhammad s.a.w -
|
Walaupun
kitab-kitab ini diturunkan pada zaman yang berbeza, peranan
utamanya adalah untuk menyampaikan bahawa wujudnya kuasa
teragung agung yakni Allah. Tetapi 3 kitab sebelum yang
terakhir (Al-Quran) telah di tujukan kepada bangsa yang
tertentu, khususnya Bani Israel (bangsa Yahudi).
Tetapi
kesinambungan kitab ini telah diwariskan kepada kitab Al-Quran
dengan hukum-hukum yang baru. Al-Quran adalah kitab yang
yang paling tinggi kerana ia disampaikan untuk seluruh manusia.
Kitab suci ini mempunyai peraturan hidup, amaran dan cara
mengerjakan ibadah yang betul.
Al-Quran
telah di gunakan dan TIDAK BERUBAH isinya sejak ia diturunkan.
Semua umat Islam pada hari ini hanya menggunakan Al-Quran
setelah beberapa kitab yang terdahulu telah diubah tanpa
kebenaran Nabi sendiri.
Nabi
Isa dan Al-Injil
Kitab
Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s telah diturunkan
kepada Nabi Isa untuk Bani Israel. Tetapi kitab ini telah
dipesongkan kandungannya. Bani Israel telah menggunakan
kitab ini sebagai pedoman hidup. Tetapi mereka hanya mengikuti
sebahagian kandungan kitab Taurat & Injil.
Sebahagian
lagi telah ditinggalkan dan disembunyikan. Antaranya kedatangan
Nabi baru dan terakhir selepas Nabi Isa. Untuk pengetahuan
bersama, Bani Israel mempunyai Nabi yang paling ramai diturunkan
termasuklah Nabi Isa sendiri.
Kedatangan
Nabi baru ini adalah berbangsa Arab yang bukan keturunan
Bani Israel. Sebab inilah Bani Israel enggan menerima Nabi
yang terakhir. Alasan mereka ialah kerana bangsa Israel
mesti memimpin bangsa selainnya. Bagi menguatkan lagi hujah,
mereka mempunyai Nabi yang paling ramai diturunkan Allah.
Tetapi
meskipun Bani Israel menerima Nabi yang ramai ia jelas menunjukkan
betapa degilnya Bani Israel menerima dakwah para Nabi dan
Rasul. Kedegilan mereka amat ketara apabila Bani Israel
telahpun membunuh seramai 300 orang
Nabi sebagi utusan Allah.
Kisah
dan ayat kedatangan Nabi terakhir telah disampaikan menerusi
kitab Taurat dan Injil sendiri. Tetapi Bani Israel telah
menyembunyikan firman ini dengan
menulis semula kandungan dari diketahui oleh mana-mana pihak.
Hasil daripada tindakan ini maka wujudlah agama Kristian
Yahudi.
Tindakan
ini bukan sahaja telah menipu kesemua penganutnya sendiri
bahkan mereka (Rabi/Paderi) telah mendustakan Islam sebagai
agama kesinambungan Kristian.
Bani
Israel telah mengkhianati Nabi Isa kerana menafikan kedatangan
Nabi terakhir. Rancangan jahat mereka dengan terakhir ialah
dengan membunuh terus Nabi Isa.
Walaubagaimanapun,
Allah telah menyelamat Nabi Isa dengan mengangkatnya ke
'langit'. Langit ini bukan seperti yang manusia lihat kerana
ia terletak pada alam yang lain. Nabi Isa akan turun semula
untuk membunuh Dajjal dan memusnahkan semua Salib yang ada
di muka bumi ini apabila Hari Kiamat hampir.
Nabi
Muhammad s.a.w
Pada
12 RabiulAwal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 M dunia
arab telah telah dikurniakan kelahiran bayi lelaki yang
di panggil Muhammad. Ayahnya bernama Abdullah meninggal
sebelum kelahirannya. Ibunya Aminah telah menjaga bersama
datuknya Abdul Muthalib.
Nabi
Muhammad dilahirkan 'Maksum'
. Apabila Nabi dilahirkan Maksum, beliau telah dilindungi
dari sebarang maksiat dan kekufuran. Maksum ini hanya dikurnia
pada golongan Nabi sahaja.
Apabila
berumur 35 tahun beliau telah digelar al Amin dan sangat
berpengaruh kepada bangsa Arab di Mekah. Ia bermula apabila
kabilah (puak) arab yang berbeza menuntut untuk mengangkat
batu hitam ke Ka'abah.
Sebagai
penyelesaian, Nabi Muhammad telah meletakkan batu di atas
kain serbannya dan dibawa bersama oleh ketua-ketua kabilah.
Kepimpinan ini telah menyebabkan beliau mula dihormati.
Beliau
gemar mengasingkan diri untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Pada usia 40 tahun beliau telah didatangi Malaikat
Jibril di Gua Hira dan Allah telah menurunkan wahyu
kepada Nabi Muhammad s.a.w menerusi Jibril sebagai perantara.
Wahyu
yang pertamanya adalah surah Al -Alaq (...Iqra')
Wahyu
ini telah diturunkan sedikit demi sedikit sehinggalah ia
banyak dan lengkap. Surah ini telah Nabi ajarkan pula kepada
sahabat -sahabat Nabi dan pengikutnya. Ayat-ayat ini telahpun
ditulis oleh nabi untuk disimpankan bagi pengikut dan umatnya.
Helaian
ayat-ayat Al-Quran telah diusahakan oleh Zaib bin Tsabit
yang juga seorang tahfiz yang mengingati kandungan Al Quran
keseluruhannya. Usaha seterusnya dengan pembukuan di masa
Khalifah Usthman bin Affan. Ini untuk menyeragamkan bacaan,
susunan ayat dan muka surat bagi memudahkan pembacaan dan
mengelakkan masalah umum.
Al
-Quran ini adalah mempunyai kandungan yang sama seperti
yang terdapat pada hari ini. Al-Quran tidak boleh diubah
kandungannya kerana Allah telah menjaganya. Justeru itu
tiada perubahan yang boleh dibuat oleh mana-mana ulama atau
inidividu.
Al-Quran
adalah kitab suci pegangan orang Islam. Setiap muslimin
dan muslimat mestilah membaca dan memahami kandungannya.
Kandungan AL-Quran sangat menyeluruh melibatkan peraturan,
peringatan, tuntutan dan larangan.
Al-Quran
adalah petunjuk untuk membezakan yang mana baik dan yang
mana buruk. Ia juga mengandungi persoalan alam ghaib, muamalah
(ekonomi) yang betul, perundangan, politik, sains matematik
dan perubatan.
Maka
kitab Al-Quran adalah pelengkap kepada kitab yang sebelumnya.
Islam
sebagai cara hidup
Sesungguhnya
agama yang Allah terima adalah Islam. Maksud Islam ini adalah
seperti 'Aman', 'Damai' & 'Tenang'. Ajaran Islam bukannya
disebarkan bersama 'pedang' keganasan seperti yang diburukkan
oleh Barat. Islam adalah rahmat Allah yang manusia tidak
sedar kerana Islam sahaja agama yang diterima Allah.
Agama
Islam telah diwariskan kepada bangsa Arab. Sebab itulah
bahasa utama ibadahnya dalam bahasa Arab. Walaubagaimanapun
penggunaan satu bahasa didalam Ibadah solat atau berdoa
melambangkan penyatuan umat melalui satu bahasa.
Tiada
paksaaan untuk memeluk Islam
Ayat
ini terdapat didalam Al -Quran. Setiap manusia di muka bumi
perlu mengetahui kewujudan Islam dimukabumi ini. Walaupun
Islam tidak memaksa mana -mana manusia memeluk agama ini,
penyelarasan agama Islam mestilah dibuat secara Global.
Apabila
Islam disebut di Malaysia, istilah ini lebih berkait rapat
dengan orang Melayu. Maka majoriti orang bukan Islam adalah
bukan Melayu. Akhirnya apabila orang bukan melayu ingin
memeluk Islam telah dikaitkan masuk ke kelompok orang melayu.
Tanggapan
ini adalah salah.
Apabila
kita ingin menjadi penganut Islam yang setia kepada tuhan,
perbezaan bangsa mestilah diketepikan.Agama
Islam Islam adalah untuk semua bangsa
tanpa mengira warna kulit serta mementingkan penyatuan semua
bangsa yang menyembah tuhan yang sama (Allah).
Apabila
kita menganuti Islam, kita mesti mengimbangi ibadah kepada
Allah & ibadah untuk dunia. Ibadah kepada Allah ialah
seperti mengerjakan prinsip -prinsip rukun Islam, rukun
Iman & penghayatan Al -Quran.
Ibadah
untuk dunia pula adalah seperti berkerja dan berkahwin dalam
meneruskan hidup. Agama Islam telah mengingatkan supaya
berusaha mengecap kesenangan dan kekayaan untuk hidup. Tetapi
ajaran Allah tidak boleh kita ketepikan.
Berbanding
dengan agama lain, mereka masih pergi rumah ibadat untuk
mengadakan upacara keagamaan. Tetapi ibadat yang di lakukan
amat jarang sekali masanya. Mungkin mereka hanya mengingati
tuhan pada masa dan ditempat yang tertentu sahaja.
Tidak
pula bagi agama Islam, penganutnya mestilah mengingati Allah
sepanjang masa. Tidak boleh kita hanya mengingat Allah di
rumah atau di masjid.
Sebab
itu Islam telah mensyariatkan kepada penganutnya untuk mengerjakan
solat 5 waktu (rukun Islam kedua). Solat bukan sahaja boleh
dibuat dimasjid tetapi dimana-mana sahaja kawasan yang selamat
dan bersih.
Bagi
seseorang yang sengaja meninggalkan solat dalam keadaan
sihat dan mampu, hukumnya adalah berdosa besar. Melainkan
dengan sebab yang tertentu.
Puasa
juga wajib ditunaikan kerana ia menahan diri seseorang dari
melakukan kemaksiatan dan kemungkaran. Kedua jenis ibadah
yang disebutkan adalah antara yang penting dilaksanakan.
Apabila
kita mengkaji semula, perlunya ibadah yang kerap supaya
kita mengingati Allah di sepanjang hari bermula Subuh (pagi)
hinggalah ke Isyak (malam).
Tidak
patut mengingati tuhan pada masa dan tempat yang tertentu
sahaja seperti yang diamalkan oleh agama Kristian cuma mengingati
tuhan dii Gereja dan pada hari Sabtu /hari tertentu.
Tuhan mestilah di ingati sepanjang
masa dan bukan sementara!
Mengapa
? -sebab
tuhan itu menghidupkan dan mematikan
Kehidupan
yang perlu dititik beratkan melalui cara hidup mestilah
berlandaskan Al -Quran sepenuhnya. Kesimpulannya, penerimaan
Al -Quran mestilah diterima secara total, bukan sebahagian
sahaja yang perlu diamalkan.
Mungkin
sesetengah penganut Islam menerima ajaran Islam sebagai
identiti, dalam masa yang sama ia tidak menerima hukum Islam
sebagai tuntutan agama. Alasan mereka, -Tiada paksaan dalam
memeluk Islam.
Alasan
ini hanya munasabah jika seseorang bukan Islam bertanya
tentang agama. Memang tiada paksaan untuk memeluk agama
Islam, tetapi apabila kita telahpun Islam
semua syariat mesti diikuti samada
suka atau tidak.
Islam
bukannya agama kuno yang primitif seperti dakwaan sesetengah
orang. Setiap hukum yang Allah turunkan menerusi Al -Quran
adalah untuk kebaikan manusia sendiri.
Malang
sekali apabila Islam dipandang sebagai agama yang bercorak
ganas dan kejam. Contohnya hukuman bagi penzina atau perogol
menurut Al -Quran, hukuman yang dikenakan ialah direjam
/ di baling batu sampai mati. Memang manusia yang cetek
akalnya akan berkata "kejam".
Jika
ia dipandang dari kebaikannya, hukuman ini adalah amaran
dari Allah. Apabila hukuman ini dilaksanakan, manusia pasti
berfikir dua kali sebelum melakukan maksiat. Penegasan ini
sangat penting kerana ia akan mengurangkan masalah jenayah
rogol dan zina.
Lihatlah
apa yang berlaku hari ini, penzinaan bebas menyebabkan wujudnya
pelbagai jenayah seks. Apabila tiadanya keutuhan syariah,
semakin galaklah aktiviti perzinaan ini dan kadar ini semakin
bertambah.
Begitu
juga dengan hukuman bagi orang yang mencuri, mereka ini
mesti di potong tangannya bersama saksi yang sah. Memang
tidak dinafikan ramai yang bersimpati jika pesalahnya dijatuhi
hukuman potong tangan ini.
Mungkin
orang ramai berasa kasihan melihat akan nasib si pencuri
yang akan atau telah dipotong tangannya. Apabila berasa
simpati maka ramailah yang menolak hukuman ini. Apabila
hukuman ini di tolak maka sipencuri tidak pula takut mengulanginya.
Tetapi
bagaimana pula dengan mangsanya?
Majoritinya
mangsa pencuri akan setuju jika penjenayah ini di hukum.
Lebih jelas jika dikatakan bahawa mangsa mahu perbuatan
dibalas semula dengan hukuman yang setimpal. Bagi mereka
(mangsa) tiada lagi simpati untuk pencuri.
Golongan
seperti pencuri menyusahkan sahaja kita. Fikirkan semula
jika ramai yang bersimpati diatas hukuman mencuri, maka
bertambah ramailah menjadi pencuri kerana tidak takut hukumannya.
Hukuman
ini telah Allah turunkan untuk keselamatan manusia. Semua
hukuman bukannya sengaja dibuat dan direka, hukuman ini
adalah
sebagai amaran Allah kepada manusia
supaya menjauhi kemungkaran atau kejahatan.
Allah bukannya kejam kepada hambanya. Setiap hukuman yang
ditentukan adalah yang terbaik.
Sesungguhnya
Allah itu Maha Bijaksana, mengetahui semua perkara yang
telah, semasa dan akan berlaku.
Islam tidak terletak dalam soal hukuman syariah sahaja.
Ia merangkumi hubungan antara manusia dengan Allah serta
manusia, ekonomi, politik dan pendidikan. Penghayatan Islam
sangat luas serta membentuk ketamadunan yang seimbang lagi
terbaik.
(akan
bersambung)