Rukun
Islam
Setiap
umat Islam mestilah memenuhi fasa yang pertama sebagai penganut
mematuhi tuntutan agama. Rukun Islam mempunyai 5 fasa/ perkara.
Antaranya;
Kesemua
yang di senaraikan adalah tuntutan yang mesti dilaksanakan
oleh setiap muslim.
Mengucap
2 kalimah syahadah
Kalimah
syahadah ialah ungkapan yang menjelaskan kebenaran keEsa-an
Allah sebagai tuhan, dan Nabi Muhammad adalah sebagai Rasul
Allah (pesuruh Allah). Lafaz yang ditafsirkan didalam bahasa
melayunya berbunyi;
"Aku
bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Dan
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Ayat
inilah ungkapan yang disebut oleh oleh orang Islam dan juga
pemeluk yang baru. Walaubagaimanapun keutamaan sebutan ayat
ini adalah dalam bahasa Al-Quran (Arab).
Menunaikan
amalan 5 solat fardhu,
Sembahayang
adalah satu cara bagi menunjukkan kepatuhan antara manusia
dengan Tuhan. Di dalam Islam, solat adalah penting bagi
mencegah kemungkaran. Islam mensyariatkan 5 solat fardhu
iaitu;
Subuh
|
Zohor
|
Asar
|
Maghrib
|
Isyak
|
Solat-solat
ini mesti ditunaikan oleh setiap muslim yang sihat dan memenuhi
syaratnya. Tempoh menunaikan solat bergantung kepada individu
itu sendiri. Kebiasaannya 5 ke 10 minit. Walaugaimanapun,
solat adalah dituntut secara khusyuk (menghayati) dan tidak
tergesa-tergesa.
Sila
ambil perhatian;
Waktu
solat yang akan dinyatakan adalah berasaskan waktu
solat di semenanjung Malaysia. Waktu solat
berbeza mengikut kawasan. Waktu yang diterangkan adalah
anggaran secara kasar sahaja. Untuk mengetahui lebih
lanjut, sila semak waktu solat di akhbar atau di pejabat
agama terdekat. =)
|
Solat
Subuh adalah solat yang ditunaikan pada waktu pagi antara
5:00 pagi ke 6:45 pagi (0500 - 0645). Ia bermula selepas
Azan pagi sehingga sebelum matahari mula naik.
Solat
Zohor adalah solat yang bermula selepas pukul 1:30 petang
(1330). Walaubagaimanapun, waktu tamat solat adalah sebelum
masuk waktu solat Asar. Sesetengah berpendapat lebih kurang
pukul 3:45 petang 15:45).
Waktu
bagi solat Asar kebiasaan bermula pada pukul 4:30 petang
(16:30). Ia berakhir pada pukul 6:00 petang (18:00) atau
sebelum matahari terbenam.
Pada
sebelah malam, solat bermula pada waktu waktu senja ataupun
Maghrib. Solat Maghrib biasanya bermula pada pukul 7:30
malam (19:30) dan berakhir sebelum waktu Isya'k.
Solat
Isyak ditunaikan bermula selepas jam 8:45 malam (20:45).
Tempoh solat Isya'k merupakan tempoh yang lama dan berakhir
sebelum waktu Subuh pada ke esokan harinya.
Walaubagaimanapun
solat fardhu mestilah ditunaikan tepat pada waktunya. Ia
tidak boleh ditangguh-tangguh kerana hukum menangguh tanpa
sebab yang munasabah tetap berdosa. Dalam mengerjakan solat,
penghayatan amat penting. Solat fardhu digalakkan ditunaikan
secara berjemaah bersama di masjid. Solat ini mempunyai
waktu yang berbeza maka ia tidak boleh dibuat secara serentak
pada waktu yang sama. Solat ini tidak boleh di percepatkan
waktunya atau dilambatkan.
Berpuasa
di bulan Ramadhan
Umat
Islam mempunyai kalendar "Taqwim"nya yang tersendiri.
Ia mempunyai 10 bulan Islam. Pada bulan Ramadhan umat Islam
yang sihat diwajibkan berpuasa pada siang hari.
Waktu
berpuasa adalah bermula dari sebelum terbit matahari sehinggalah
selepas terbenamnya matahri. Ini bererti ia bermula dari
masuk waktu Subuh hingga ketibaan waktu Maghrib.
Membayar
Zakat
Bagi
golongan yang sudah mampu menyara diri diwajibkan membayar
Zakat. Ada pelbagai jenis zakat iaitu zakat Fitrah, zakat
Harta, Perniagaan dan beberapa lagi. Zakat ialah lebihan
harta yang ada pada setiap individu yang terlibat.
Zakat
ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan
seperti memberi bantuan kepada fakir miskin dan golongan
yang memerlukan.
*
* *
Mengerjakan
Haji
Haji
adalah ibadat yang dituntut bagi golongan yang mampu. Haji
ialah ibadah yang paling tinggi melalui ujiannya di Tanah
suci Mekah Al-Mukarramah. Haji hanya boleh dibuat di Mekah
dan Madinah sahaja. Jemaah haji hanya pergi dengan memakai
pakaian khas yang berwarna putih. Kesabaran sangat diperlukan
untuk mencapai status Haji Mabrur ataupun haji yang diterima
Allah s.w.t.